KANAK-KANAK HIPERAKTIF TAGIH PERHATIAN

Oleh Norliza Abdullah
KANAK-kanak hiperaktif ada-lah golongan yang memerlu-kan perhatian terutama di peringkat awal tumbesaran mereka. Simp-torn ini bukan saja rnemba-bitkan kanak-kanak normal, sebaliknya mereka yang me-ngalami terencat akal juga menghadapi masalah sedemi-kian.
Bagaimanapun, kedua-dua golongan itu tetap memerlu-kan perhatian keluarga terutama ibu bapa, di peringkat awal melalui didikan terapi dan psikologi.
)ika kanak-kanak normal menghadapi masalah hiperaktif, mungkin masalah ibu bapa tidak begitu berat berbanding kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama.
Walaupun dua senario itu sama tetapi masalahnya ber-beza apabila membabitkan kanak-kanak normal dan satu lagi membabitkan kanak-kanak abnormal.
Kanak-kanak normal hiperaktif memang masih bo-leh ke sekolah dan belajar seperti biasa, walaupun tum-puannya terhadap pelajaran tidak sepenuhnya dan penca-paian akademik mereka mungkin tidak membangga-kan.
Ini agak berbeza dengan kanak-kanak hiperaktif yang mengalami masalah terencat. akal di mana mereka tidak boleh ke sekolah dan terlalu sukar untuk dikawal dan san-gat agresif. Keadaan itu dise-babkan mereka tidak faham apabila ditegur berbanding kanak-kanak biasa.
Tiga kanak-kanak terencat akal yang hiperaktif mene-rima pendidikan dan rawatan di Tasputra Perkim, Ampang Hilir di Kuala Lumpur, ter-paksa diasingkan daripada 40 penghuni yang lain.
Pengerusi Tasputra, Elahi Norman, berkata tiga kanak-kanak hiperaktif semuanya le-laki di sini, terlalu aktif dan adakalanya
bertindak ganas dan boleh mencederakan penghuni yang lain.
Beliau berkata, kanak-ka-nak hiperaktit' yang normal berbeza dcngan rakan mcre-ka yang abnormal, Bagaima-napun kedua-dua goiongan ini memerlukan perhalian yang sama dengan kanak-ka-nak lain ber-ikutan ke-p e r 1 nan m e r e k a juga sama.
Katanya, kanak-ka-nak ini perlu ditegur dengan lembut pada awalnya tetapi jika ia tidak memberi kesan, ibu bapa boleh meninggikan suara untuk mendisiplinkan mereka -
" Usaha ibu bapa meninggikan suara ini bukan ber-makna mercka tidak sayang atau bend kepada mereka se-baliknya dengan cara itu saja dapat mendisiplinkan anak sedemikian," katanya,
Sementara itu, Perunding Psikiatri Fakuiti Pcrubatan dan Sains Kesihatan, Univer-siti Putra Malaysia, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, ber-kata kedua-dua situasi itu adalah sama tetapi hanya membabitkan kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental dan seorang lagi adalah normal.
Beliau berkata, secara da-sarnya, kanak-kanak ini menghadapi inasalah tidak dapat mcmberi perhatian se-penuhnya pada sesuatu per-kara itu.
Katanya, keadaan Attention Deficit Disorder (ADD) ini menyebabkan berlaku gangguan pada sistem saraf pada otak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak tadi tidak dapat memberi tum-puan sepenuhnya.
Menurutnya, bagi kanak-kanak normal tahap kenakal-an atau hiperaktif akan ber-kurangan apabila mereka dewasa dan
sudah mula mendengar kata dan bersikap normal.
" Keadaan yang sama juga berlaku kepada kanak-kanak terencat akal yang hiperaktif. Perubahan pada kanak-kanak ini juga berlaku apabila mereka meningkat dewasa.
" Walaupun secara fizikal-nya kanak-kanak ini tidak normal tetapi secara keselu-ruhannya, keadaan mereka berubah mengikut usia dan tahap pendidikan dan juga perhatian yang diterima dari-pada kedua ibu bapa," kata-nya.
Dr Nor Hamidah berkata, hiperaktif ini adalah penyakit yang memerlukan rawatan te-rapi pada peringkat awal su-paya kanak-kanak tadi dapat dilentur dengan mudah apabila dewasa.
Beliau berkata, ibu bapa perlu lebih banyak bersabar dengan melayan kerenah anak mereka dan sedia me-mahami keperluan berdasar-kan kepada perubahan tumbesaran mereka.
Katanya, perhatian awal itu perlu kerana keperluan mereka sama dengan kanak-kanak biasa. Ibu bapa perlu belajar memahami kehendak anak kerana melalui pemahaman itu, kanak-kanak hiperaktif ini tidak mudah bertindak ga-nas atau liar apabila dewasa.
" Perhatian, arahan dan per-ingatan terhadap kanak-kanak ini perlulah dilakukan secara berterusan dan beru-lang kerana mereka me-mang sukar menerima perubahan dalam diri dan persekitaran.


" Adalah dikhuatirkan jika kanak-kanak ini tidak diberi perhatian atau terapi awal, mereka akan berkelakuan ga-nas dan kasarapabila remaja. Dalam hal ini ibu bapa perlu sabar melayan kerenah mereka," katanya.
Seorang bapa yang mempu-nyai anak hiperaktif, Shaari Mohd Yatim, berkata dia ter-paksa melayan kerenah anak-nya yang berusia 16 tahun de-ngan lebih lembut berbanding tiga anak yang lain.
Beliau berkata, dia yakin anaknya, Shahrizan berkelakuan dan memerlukan perhatian seperti kanak-kanak yang normal.
" Saya kena sabar melayan karenah Shahrizan. Apabila dia lapar, dia akan menarik langan saya ke dapur dan membuka tutup periuk. Ting-kah laku itu menunjukkan bahawa dia mahukan lebih daripada itu dan memin'.a saya menyuapkannya ma-kan," katanya.
Shaari berkata, begitu ju{;a setiap kali waktu pagi selepas bangun tidur, Shahrizan akan menarik tangannya untuk pergi ke bilik air dan mandi. Selepas siap berpakaian Shahrizan terus ke kereta d<in duduk di bahagian belakang untuk ke pusat jagaan harian.
Beliau berkata, tingkah laku itu menunjukkan bahawa Shahrizan mempunyai jadual hariannya sendiri dan kesungguhan untuk ke pusat jagaan harian di mana dia belajar dan menjalankan a)<-tiviti harian.
" Saya juga sering mengha-diri kursus bcrkaitan masalah hiperaktif bagi mendalami pengetahuan dalam urusan mengendalikan kanak-kanak seperti Shahrizan. Melalui kursus sedemikian saya dapat mendidiknya dengan sem-purna," katanya.
Bagi Loh Bee Aik, 45, berkata tugas mendidik anak hiperaktif yang terencat akal memerlukan kesabaran.
Beliau berkata, walaupun tidak bekerja dia tetap meng-hantar Chan Wan Wong, 16, ke pusat jagaan harian bagi memastikan anak bongsu daripada empat beradik ini da-pat bercampur dengan rakan-nya yang lain.
Katanya, keadaan hiperaktif anaknya kini sudah berkurangan selepas mene-rima latihan di pusat jagaan harian Tasputra Perkim.
" Chan agak manja apabila berada di rumah berbanding di pusat jagaan harian kera-na dia akan minta disuap apabila hendak makan berbanding di pusat berkenaan dia boleh makan sendiri tanpa bantuan pembantu," katanya.
James F Balch dan Phyllis A. Balch dalam buku merc-ka tertajuk Prescription For Nutritional Healing bagi kanak-kanak hiperaktif menya-takan bahawa kanak-kanak ini tidak sesuai diberikan ma-kanan yang mengandungi kanji dan gula.
Kanak-kanak hiperaktif perlu dibekalkan dengan lebih makanan seperti buah dan sayur-sayuran dalam diet harian mereka.
Dikhuatiri pemberian makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat berlebihan merangsang tahap hiperaktif mereka. Makanan yang member; tenaga itu membantu mereka menjadi lebih aktif dan boleh bertin-dak liar, lincah dan sukar di-kawal.
Ibu bapa perlu memastikan bahawa pemakanan anak sedemikian perlu lebih sem-purna dan jauhkan mereka daripada makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa, minuman ringan, teh, kicap, keju berwarna, coklat, kepingan daging dan marjenn.
Semua makanan ini merangsang minda dan fizikal mereka menjadi lebih aktif dan sukar dikawal. Adalah wajar jika diet harian mereka hanya mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.