| |
|
|
Kanak-kanak istimewa dapat perhatian |
Oleh NURRULHIDAYAH YUSOF
KANAK-KANAK istimewa di Tasputra Perkim, Ampang Hilir di Kuala Lumpur,
menerima tetamu terkenal apabila penyanyi Sheila Majid mengunjungi
mereka baru-baru ini.
Kehadiran Sheila adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh warga Tasputra terutamanya
kanak-kanak
Sheila memberikan layanan istimewa kepada mereka melalui pelbagai acara
yang diatur termasuk menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas untuk
mereka.
Penyanyi itu meluahkan kegembiraannya kerana dapat menghadiri majlis itu
dan berharap mereka terhibur dengan kehadirannya.
" Majlis ini sangat istimewa bagi saya dan tidak akan melupakannya sampai
bila-bila.
"
Saya harap anda semua gembira pada hari ini," katanya.
Sheila juga menanam pokok bunga sebagai tanda kenangan kunjungaimya pada
majlis itu.
Kehadiran penyanyi Jaz itu memberi gambaran kanak-kanak istimewa tidak
dilupakan dan turut mendapat perhatian daripada semua pihak termasuk-lah
dari kalangan artis popular,
Sheila juga turut menyumbangkan sebuah lukisan sebagai tanda kenangan.
Pada majlis itu juga Tasputra menerima pelbagai sumbangan berbentuk kewangan,
komputer, lukisan dan ayat Kursi tulisan kaligrafi.
Sebelum itu, pengerusi dan peneraju utama Tasputra, Elahi Norman berkata
beliau gembira dengan kerjasama yang dihulurkan oleh semua pihak dalam
menjayakan majlis ini.
" Ini satu tugas yang mulia dan saya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan
yang diberikan oleh semua pihak bagi membantu kanak-kanak istimewa ini
dan juga pembangunan Tasputra.
"
Saya sungguh terharu dengan kesudian Sheila mehiangkan inasa untuk bersama-sama
dalam majlis ini walaupun beliau terlalu sibuk pada waktu ini," katanya.
Elahi berharap banyak lagi akan tampil memberi-' kan sumbangan sebagai
bantuan kepada Tasputra dalam menjalankan kegiatannya.
Majlis turut ditaja oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Bank Simpanan
Nasional.
Beliau berkata, seperti insan sempurna lain, kanak-kanak ini Juga memerlukan
perhatian dan belaian. kasih daripada kita semua dan dengan adanya majlis
seperti ini sekurang-kurangnya mereka gembira dan
Tasputra ditubuhkan pada November 1987 hasil buah fikiran Kathleen Muna
Othman dan modalnya sebanyak RM10,000 disumbangkan oleh bekas Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika menjadi Presiden Perkim.
Sumbangan seterusnya datang daripada Datuk Sen Dr Siti Hasmah Mohd AH dan
Bakti berjumlah RM50,000.
Ketika pusat ini mula beroperasi, ia mempunyai sebanyak 10 kanak-kanak.
Pusat ini ditubuhkan bagi menukar gay a hidup dan melatih kanak-kanak istimewa
agar lebih yakin dan berani menghadapi arus kehidupan.
Selain itu dengan adanya segala kemudahan dan juga pengasuh sentiasa sabar
dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dapat membantu memba-ngunkan
mental dan fizikal kanak-kanak ini.
Kanak-kanak spastik ini juga memerlukan soko-ngan dan penjagaan rapi kerana
ia bukannya sejenis penyakit yang boleh diubati. Namun dengan perhatian
dan beiaian akan mengelakkan kanak-kanak itu berasa tersisih.
Pelbagai program rawatan turut diadakan di Tasputra bagi memberi rawatan
kepada kanak-kanak istimewa ini antaranya hidroierapi, fisioierapi, sensory
simulation dan hipoterapi.
Program rawatan bertujuan memberikan kecergas-an kepada kanak-kanak ini
dan ada juga khidmat jururawat dan doktor bagi memastikan kesihatan mereka
terjaga.
Pusat asuhan kanak-kanak ini lebih mementingkan golongan yang berpendapatan
rendah. Dengan ini kanak-kanak daripada keluarga kurang berada mendapat
rawatan sewajarnya dan tidak terbiar.
Rawatan untuk kanak-kanak istimewa memerlukan belanja tinggi mungkui ia
tidak mampu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.
Tasputra mengenakan yuran bulanan sebanyak RM200 ke atas seorang kanak-kanak
yang ditempat-kan di sini bagi menanggung kos pembiayaan rawatan mereka.
Oleh itu pelbagai program dan kegiatan sampingan diadakan bagi mengisi
wang tabimgan untuk menanggung kekurangan kos rawatan.
Majlis itu dipenuhi dengan pelbagai acara yang menarik antaranya persembahan
tarian Hawaii, persembahan muzik daripada Pusat Terapi Tasputra dan juga
tarian Philippines.
Dengan wujudnya pusat asuhan khas untuk kanak-kanak ini, mereka mi akan
lebih terjaga dan turut menikmati kemudahan yang sewajarnya.
Kegiatan seperti ini haruslah diteruskan untuk memastikan kanak-kanak
ini tidak tersisih dan dapat menjalani kehidupan harian yang sempurna.Selain
itu perhatian dan kasih sayang hams diberikan agar mereka ini
sentiasa gembira dan tidak rasa tersisih.
Sesiapa yang berminac untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan
kepada Tasputra Perkim untuk kebajikan Kanak-kanak istimewa ini
bolehlah menghu-bungi
Tasputra
Perkim di talian 03-4516100 atau Fax:
034518619 serta boleh juga terus datang ke Tasputra Perkim di alamac,
3498, Jalan Ampang Hilir 5, Kuala Lumpur
|
Berita Minggu,
Sunday, 2nd April 2000
"Kanak-Kanak Istimewa Dapat Perhatian" |
| |
|
|